Video link: https://fb.watch/a8M6WAIlD3/
Ucapan Perbahasan Perbekalan 2022, Kementerian Sumber Manusia peringkat Jawatankuasa oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 30-11-2021
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya juga ingin turut menyertai perbahasan peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Sumber Manusia.
Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan. Salah satu program penting oleh Kementerian Sumber Manusia ialah pembangunan modal insan. Peratusan graduan kemahiran mendapat pekerjaan dalam bidang yang dilatih dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan, pada tahun 2020 pencapaian 90.45 peratus. Akan tetapi angka ini menurun pada tahun 2021 kepada 85 peratus. Terdapat isu under employment iaitu graduan lulusan bidang tertentu hanya dapat kerja yang lebih rendah dan tidak setara dengan kelulusan dan kelayakan latihan mereka.
Menurut kajian Labour Force Survey, terdapat 1.13 juta orang graduan di Malaysia yang underemployed, yang membuat kerja-kerja yang setara dengan SPM dan angka itu, 1.13 juta itu pada tahun 2019. Angka ini sesuatu yang merunsingkan.
Terdapat juga isu pengangguran, unemployment di kalangan graduan. Saya ingin bertanya sama ada perancangan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk menyelesaikan isu under employment dan juga unemployment, pengangguran di kalangan orang-orang muda. Kadar pengangguran pada bulan September tahun ini, 4.6 peratus iaitu 737,500 orang yang dicatatkan sebagai menganggur. Akan tetapi menurut kajian tersebut, sembilan peratus daripada angka ini telah menganggur melebihi satu tahun dan 15.5 peratus antara enam bulan dan satu tahun. Apakah strategi tambahan dan efektif oleh Kementerian Sumber Manusia untuk tangani isu- isu yang saya sebut tadi?
Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Mengikut Laporan World Bank 2019, Malaysia mempunyai melebihi tiga juta orang pekerja asing iaitu lebih kurang 10 peratus populasi rakyat Malaysia iaitu sejumlah 32.75 juta rakyat Malaysia. Tiga juta orang mempunyai temporarily employment visit pass dan dijangkakan antara 1.2 sampai 1.4 juta ialah pekerja asing yang dikategorikan sebagai illegal ataupun undocumented, tidak mempunyai dokumen, angka yang besar.
Mengikut Laporan Public Accounts Committee Parliament (PAC), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Parlimen Malaysia, 55 peratus daripada approval kemasukan pekerja asing pada tahun 2016 sampai 2018 digunakan special approvals yang tidak memenuhi kriteria normal. Pada waktu itu PAC telah menyatakan ada beberapa orang individu, bekas Speaker - Tan Sri Pandikar Amin, Menteri sekarang - Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh bin Haji Omar, Ahli Parlimen Sri Aman - Dato' Masir Kujat dan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang - Yang Berhormat Mohd Yusof Mohd Nor merupakan antara middle man yang meluluskan special approvals tanpa melalui laluan kelulusan biasa.
Empat orang individu ini telah disebut dalam PAC Report dan mereka tidak menjawab apa-apa. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Sumber Manusia berdasarkan skandal special approvals yang dibongkarkan PAC, apakah langkah tambahan Kementerian Sumber Manusia untuk mengetatkan kelulusan terhadap pekerja asing ini? Di samping itu juga, saya ingin menanyakan apakah strategi kita untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Saya faham bahawa beberapa sektor perlu pekerja asing sebagai sektor perladangan terutamanya. Akan tetapi juga saya memandangkan bahawa terdapat perlu juga menjaga kebajikan orang awam dan juga perlu menganjak daripada mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
No comments:
Post a Comment